Muhammad Amir Amirul Azhar calon pemain Skuasy nombor satu kebangsaan kategori bawah 13 tahun yang bercita-cita untuk menjadi antara empat pemain terbaik dunia.

Muhammad Amir Amirul Bin Azhar

Sek Keb Padang Garong 2, Kota Bahru, Kelantan

Sukan : Skuasy


Keberanian menceburi minat baru membawa kejayaan besar

Sukan skuasy bukanlah sukan pertama yang diperkenalkan kepada Muhammad Amir Amirul Azhar. Amir pada mulanya bergiat aktif dalam sukan bola sepak sehingga beliau dipilih oleh guru sekolah rendahnya untuk menyertai sukan skuasy. Peralihan daripada sukan berpasukan kepada sukan perseorangan merupakan satu cabaran buat Amir. Sungguhpun begitu, Muhammad Amir tidak takut untuk bermula dari bawah untuk mempelajari dan menguasai sukan Skuasy.



Perjalanannya mencabar dan ia bukan mudah. Tetapi apabila masa mereka tiba untuk menyerlah, mereka tidak berputus asa dan #takkangentar . Mereka adalah juara kami. Mereka adalah masa depan kita.

Usaha dan latihan pendorong untuk jadi yang terbaik

Menyertai latihan sukan Skuasy yang pada mulanya sekadar untuk mencuba, Amir akhirnya jatuh cinta terhadap sukan tersebut. Beliau mula serius dan giat berlatih untuk memperbaiki dirinya dalam sukan tersebut. Berpegang pada kata-kata semangat bapanya untuk membanggakan keluarga serta guru-gurunya, Amir terus gigih menjalani latihan untuk menjadi pemain yang terbaik. Tahun 2015 merupakan tahun yang menyaksikan usaha serta kerja keras Amir membuahkan hasil apabila beliau berjaya merangkul pingat emas dalam Kejohanan Perseorangan Asian Junior yang ke-22 di Iran, Kejohanan Skuasy Terbuka Junior kategori bawah 13 tahun di Pontefract, England dan Kejohanan Skuasy Terbuka Junior kategori bawah 13 tahun di Qatar.


Harapan untuk melangkah jauh

Dicalonkan sebagai pemain Skuasy nombor satu kebangsaan kategori bawah 13 tahun, anak kelahiran Kelantan ini bercita-cita untuk menjadi antara empat pemain terbaik dunia dan menjadikan itu sebagai matlamat hidupnya. Melihat Mohamed El Shorbagy, pemain Skuasy nombor satu dunia sebagai seorang yang bekerja keras serta komited dalam latihan, Muhammad Amir berazam untuk mengikuti jejak langkah idolanya itu. Beliau nekad untuk terus giat berlatih dan menjadi Juara yang mengharumkan nama negara.