Dedikasi Nur Atikah Binti Mahammad Sobri dalam angkat berat telah membawa ganjaran sebagai pemenang pingat emas Sukan Belia Komanwel.

Nur Atikah Binti Mahammad Sobri

Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sukan : Angkat Berat


Ketabahan menghasilkan ganjaran

Apabila ligamen lutut Nur Atikah Binti Mahammad Sobri cedera, beliau tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa diberhentikan daripada acara pertandingan angkat berat. Beliau amat sedih kerana tidak dapat bertanding sementara rakan-rakannya yang lain bersiap sedia untuk memberikan aksi yang terbaik.

Sungguhpun begitu, Atikah tidak tunduk pada kekalahan lalu memutuskan untuk mengambil peluang ini untuk memberi tumpuan meningkatkan prestasinya. Beliau membayangkan dirinya berada dalam pertandingan dengan memberikan usaha sepenuhnya dalam setiap sesi latihan. Selepas beberapa percubaan yang gagal, beliau berasa gembira kerana melangkaui jangkaan dirinya apabila berjaya mengangkat beban 100kg untuk kali pertama. Ia merupakan detik yang amat membanggakan untuk gadis yang berusia 15 tahun ini.

Cabaran menangkis stereotaip gender untuk muncul juara

Sebagai seorang gadis yang gemar bersukan, Atikah telah berkecimpung dalam gimnastik dan taekwando tetapi jurulatihnya yang telah berjaya mencungkil bakat sebenar beliau dalam acara angkat berat. Acara sukan ini mula diperkenalkan oleh ibu Atikah kepada beliau ketika beliau masih berada di sekolah rendah. Minat beliau telah membawa kepada kejayaannya sebagai pemenang pingat emas Sukan Belia Komanwel.

Acara angkat berat merupakan satu acara sukan yang didominasi kaum lelaki secara tradisi. Namun demikian, ini terbukti sebagai satu lagi perangsang yang mendorong Atikah supaya kekal tabah dalam acara sukan pilihannya, kerana minatnya yang mendalam membolehkan beliau mencabar persepsi stereotaip masyarakat. Bagi beliau, ia adalah penting bahawa minat seseorang tidak harus ditentukan atau dihalangi orang lain.

Sebagai pengiktirafkan atas kesungguhan usaha serta dedikasi beliau, Atikah telah dianugerahkan Anugerah Khas – Puteri dalam Anugerah Sukan MSSM-MILO. Anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan. Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil ini sedang menjalani latihan dengan tujuan untuk melayakkan diri ke Sukan SEA yang bakal berlangsung di tanahair.


Perjalanannya mencabar dan ia bukan mudah. Tetapi apabila masa mereka tiba untuk menyerlah, mereka tidak berputus asa dan #takkangentar . Mereka adalah juara kami. Mereka adalah masa depan kita.