Muhammad Fauzi Bin Kaman Shah, seorang pelayar amatur muda, sehingga menjadi pemenang pingat emas di Kejuaraan Sukan SEA kategori ‘optimis’.

Muhammad Fauzi Bin Kaman Shah

SMK Kelibang, Langkawi, Kedah

Sukan : Pelayaran


Usah Gentar Dan Berani Mengejar Impian

Bagi Muhammad Fauzi Bin Kaman Shah, ungkapan “menyerah kalah” tidak pernah wujud dalam perbendaharaan katanya. Sebagai seorang yang berasal di Pulau Langkawi, hidup dan membesar di persekitaran air sebati bagi dirinya. Semenjak umur lapan tahun, Fauzi telah menceburi sukan layar. ‘Bagai sirih pulang ke gagang’, Fauzi pantas mengorak langkah, dari seorang pelayar amatur muda, sehingga menjadi pemenang pingat emas di Kejuaraan Sukan SEA kategori ‘optimis’.

Saingan adik-beradik sumber inspirasi

Membesar melihat abangnya berlatih, Ahmad Latif Khan, pelayar profesional berusia 21 tahun, banyak memberi pengaruh besar ke atas penglibatan Fauzi dalam sukan layar.

Melihat abangnya, Ahmad Latif Khan, seorang pelayar professional yang berusia 21 tahun, berlatih banyak mempengaruhi perkembangan Fauzi sebagai seorang pelayar. Oleh kerana Fauzi bukan sahaja menunjukkan minat, tetap juga bakat, Ahmad mula membimbing dan melatihnya. Sukan layar kini merupakan pengerat hubungan Fauzi dan abangnya, dan juga dengan seluruh keluarganya di mana disiplin dan komitmen yang diperlukan sebagai seorang pelayar membantu menentukan hala tuju serta matlamat yang perlu dicapainya. Secara kebetulan, Fauzi juga tinggal bersekampung dengan idolanya, pelayar Negara, Khairulnizam Affendy. Beliau sering mengambil kesempatan untuk memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepadaFauzi sewaktu pertandingan atau dalam masa persediaan.


Perjalanannya mencabar dan ia bukan mudah. Tetapi apabila masa mereka tiba untuk menyerlah, mereka tidak berputus asa dan #takkangentar . Mereka adalah juara kami. Mereka adalah masa depan kita.


Latihan & Disiplin melahirkan Juara

Sebagai seorang juara yang begitu muda merupakan cabaran bagi Fauzi, yang masih seorang pelajar tingkatan dua di SMK Kelibangini. Walaupun jadualnya padat dan beliau perlu berdisiplin untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan pelayar, ia tidak pernah melunturkan semangatnya untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan idamannya.

Fauzi sering menekankan kepada rakan-rakannya bahawa aspek disiplin dan kegigihan merupakan resipi kejayaannya kerana ia sering menggalakkannya untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh. Dengan ciri-ciri ini, kejayaan boleh tercapai di dalam semua usaha yang diceburi. Ibunya turut menggalakannya dengan kata-kata sokongan seperti, “Usah gentar dan terus maju ke hadapan”. Semangat tidak pernah mengalah Fauzi terbukti apabila beliau memenangi Anugerah Putera, anugerah kecemerlangan sukan MSSM untuk atlet murid lelaki sekolah menengah yang telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam sukan.