Ng Eain Yow menduduki tangga pertama untuk pemain terbaik dunia kategori Junior, dan tangga ke 187 pada kategori Senior dalam permainan Skuasy.

Ng Eain Yow

Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sukan : Skuasy


Dari minat kepada karier

Kenangan melihat bapa dan rakan-rakannya bersaing sesama-sendiri menimbulkan rasa minat Eain Yow untuk mencuba sukan skuasy dan dari situlah bermulanya perjalanan Eain Yow dalam sukan yang menjadi kariernya. Menyedari minat dan bakat Eain Yow dalam sukan skuasy, bapanya lantas mendaftarkan Eain Yow untuk menjalani latihan di akademi skuasy secara khusus sejak umur tujuh tahun.

Hubungan bapa dan anak menjadi pembakar semangat

Memulakan latihan secara intensif pada usia yang muda sememangnya satu perkara yang mencabar buat para atlet. Ramai yang tidak sedar bahawa para atlet muda ini juga melalui fasa tumbesaran yang sama seperti kita. Mereka juga berdepan dengan cabaran bergelut antara latihan sukan dan pelajaran. Namun pada Eain Yow, skuasy bukanlah sekadar permainan tetapi ia merupakan satu perhubungan antara bapa dan anak yang mendorongnya dirinya untuk memperbaiki dirinya. Eain Yow masih ingat lagi akan pesanan bapanya untuk sentiasa berusaha keras dan kata-kata inilah yang menjadi pembakar semangat untuk beliau.



Perjalanannya mencabar dan ia bukan mudah. Tetapi apabila masa mereka tiba untuk menyerlah, mereka tidak berputus asa dan #takkangentar . Mereka adalah juara kami. Mereka adalah masa depan kita.


Azam Eain Yow menjuarai dunia

Walaupun berjaya dapat tempat ketiga dalam kejohanan Skuasy dunia junior tahun lepas, Eain Yow berazam untuk mendapatkan pingat emas pada tahun ini. Menduduki tangga pertama untuk pemain terbaik dunia kategori Junior, dan tangga ke 187 pada kategori Senior, Eain Yow kini sedang cuba untuk mendapatkan tempat dalam tangga 100 pemain terbaik dunia. Biarpun kecederaan belakang yang dialaminya mengganggu terutamanya ketika latihan, ia tidak mematahkan semangat Eain Yow untuk gigih berlatih. Beliau ingin menjadi seperti idolanya iaitu Datuk Nicol David yang menjadi kebanggaan Malaysia serta dihormati seluruh dunia.

Tidak mudah berasa selesa dengan kejayaannya, tahun ini Eain Yow mensasarkan untuk meningkatkan tahap permainannya dan membawa pulang pingat emas untuk Kejohanan Skuasy Dunia kategori Junior. Menduduki tempat nombor satu dalam tangga pemain terbaik dunia kategori Junior tahun ini, beliau nekad pula untuk meningkatkan kedudukannya di tangga 100 permain terbaik di kategori Senior. Sebagai atlet, kecederaan sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan namun ia bukan satu penghalang untuk Eain Yow. Ia sebaliknya menjadi pendorong untuk beliau berusaha dengan lebih keras lagi dan satu hari melangkaui pencapaian idolanya, Datuk Nicol David.