Karier Tan Tiang Song melonjak naik sebagai jurulatih pasukan ping-pong Selangor, dan kejayaan anak didiknya yang membawa pulang beberapa pingat di MSSM.

Tan Tiang Song

SJKC Sin Min A, Sungai Petani, Kedah

Sukan : Ping Pong


Kemahiran mencungkil bakat menyumbang tuah kepada negara

Menceburi sukan Ping Pong sejak tahun 1981, Tan Tiang Song bukanlah suatu nama asing dalam sukan ini. Pelajar-pelajar SJK © Tanjung Sepat, Selangor merupakan antara pasukan pertama yang pernah dilatihnya. Karier Tiang Song melonjak naik apabila beliau dilantik sebagai jurulatih pasukan ping-pong Selangor, ditambah lagi dengan kejayaan anak didiknya yang membawa pulang dua pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa di MSSM.

Perjalanan kariernya sebagai jurulatih ping pong mula mencuri perhatian apabila beliau berpindah ke Kedah pada tahun 1989 untuk mengajar di SJK © Yang Kao. Di situlah beliau berjaya mencungkil permata dalam sukan Ping Pong iaitu Beh Lee Fong and Beh Lee Wei. Mengikuti jejak langkah mentornya, Beh Lee Foong kini merupakan jurulatih Kebangsaan ping-pong. Sebagai mentor, Tiang Song amat berbangga apabila anak didiknya dapat pergi jauh dalam sukan ping-pong ini dan tidak lupa pada beliau malah, sentiasa meminta nasihat daripada beliau.



Perjalanannya mencabar dan ia bukan mudah. Tetapi apabila masa mereka tiba untuk menyerlah, mereka tidak berputus asa dan #takkangentar . Mereka adalah juara kami. Mereka adalah masa depan kita.

Dedikasi mentor dalam melahirkan juara

Sebagai jurulatih, Tiang Song sentiasa mengikuti pencapaian setiap anak didiknya. beliau selalu mengingatkan anak-anak didiknya untuk sentiasa berusaha keras dalam memperbaiki teknik permainan. Beliau juga tidak putus mengingatkan pemain-pemain yang dilatihnya bahawa kekalahan bukanlah pengakhiran tetapi teknik permainan yang dipamerkan yang menentukan kemahiran seseorang pemain itu. Sama berusaha keras pada setiap latihan yang diadakan, beliau akan turut menganalisa permainan setiap anak didiknya untuk memastikan anak-anak didiknya itu dapat memberikan usaha yang tebaik pada setiap perlawanan atau kejohanan.


Minat mendalam mendorong kecekalan dalam sukan ping-pong

Dunia sukan merupakan satu bidang yang penuh saingan. Namun, cabaran tersebut tidak menghalang fokus beliau untuk terus memberikan yang terbaik dalam sukan ini. Malah, ia menjadi satu pendorong buat beliau untuk kekal komited menabur jasa dalam membawa sukan kesayangan beliau ke tahap yang lebih tinggi.

Kini mengajar di SJK © Sin Min A, Sungai Petani Kedah, Tiang Song bercadang untuk bersara tahun ini. Menaruh harapan agar penglibatan dan sumbangannya dalam sukan ping-pong dikenali, Anugerah Guru Sukan Berjasa ini merupakan satu anugerah yang menandakan permulaan serta pengakhiran yang baik buat kariernya dalam sukan Ping-pong ini.