Zainal Bin Abas, lebih dikenali di kaca televisyen sebagai pengacara sukan terutamanya bola sepak.


Zainal Bin Abas

Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sukan : Balapan & Padang


Impian mengembalikan kegemilangan sukan Olahraga Malaysia

Zainal bin Abas, lebih dikenali di kaca televisyen sebagai pengacara sukan terutamanya bola sepak. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui mengenai penglibatannya yang telah melahirkan ramai atlet pelapis negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil sejak tahun 1993 lagi. Mengakui bahawa tugas sebagai jurulatih bukanlah satu tugas yang mudah, beliau memikul tanggungjawab tersebut dengan hati yang terbuka malah, menetapkan sasaran peribadi untuk mengangkat martabat sukan olahraga negara ke peringkat antarabangsa.



Perjalanannya mencabar dan ia bukan mudah. Tetapi apabila masa mereka tiba untuk menyerlah, mereka tidak berputus asa dan #takkangentar . Mereka adalah juara kami. Mereka adalah masa depan kita.

Latihan membentuk keyakinan untuk menjadi Juara

Menekankan bahawa jurulatih juga turut sama berusaha keras bersama atlet dalam setiap latihan dan kejohanan yang disertai, Zainal berkongsi bahawa pendekatan beliau kepada atlet yang dilatihnya adalah lebih kepada pendekatan psikologi selain penerapan sains sukan yang selalu digunakannya. Pada beliau, untuk berjaya dan menjadi seorang juara, seseorang perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan kebolehannya kerana dengan keyakinan, seseorang akan menjadi lebih bersemangat untuk memberikan sehabis baik dalam apa jua yang dilakukannya.

Tambah beliau, keyakinan diri yang tinggi hanya boleh dibentuk melalui latihan dan ketika itulah kecekalan mental dan fizikal para atlet ini diuji. Beliau sering mengingatkan atlet-atlet yang dilatihnya untuk terus berusaha maju ke depan dalam setiap cabaran yang dihadapi kerana ia mengajar kita untuk kekal teguh dengan prinsip tidak berputus asa. Menurut Zainal, pendekatan ini ternyata bukan sahaja membantu atlet yang dididiknya, tetapi juga buat dirinya sendiri untuk terus fokus untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak didiknya.


Dedikasi Zainal untuk melahirkan Juara

Kejayaan anak didiknya, Ngew Sin Mei Berjaya menggegar arena olahraga Negara apabila dia berjaya mencipta rekod dalam acara lompat kijang Wanita dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan 2005. Ia merupakan antara kenangan manis buat Zainal sepanjang perkhidmatannya sebagai jurulatih. Selain Sin Mei, atlet lompat kijang wanita negara Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zaki dan Kirthana Ramasamy merupakan antara atlet yang pernah dilatih oleh Zainal. Pada Zainal, kejayaan atlet yang dilatihnya merupakan bukti dedikasi dan usaha yang diperjuangkannya selama ini. Meskipun begitu, Zainal tidak mudah berasa selesa malah terus berazam untuk berusaha lebih gigih lagi dan membawa skuad olahraga negara ke peringkat dunia.

Tidak mudah berasa selesa dengan kejayaannya, tahun ini Eain Yow mensasarkan untuk meningkatkan tahap permainannya dan membawa pulang pingat emas untuk Kejohanan Skuasy Dunia kategori Junior. Menduduki tempat nombor satu dalam tangga pemain terbaik dunia kategori Junior tahun ini, beliau nekad pula untuk meningkatkan kedudukannya di tangga 100 permain terbaik di kategori Senior. Sebagai atlet, kecederaan sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan namun ia bukan satu penghalang untuk Eain Yow. Ia sebaliknya menjadi pendorong untuk beliau berusaha dengan lebih keras lagi dan satu hari melangkaui pencapaian idolanya, Datuk Nicol David.